Doa Rasulullah S.A.W di waktu pagi dan petang

Imam Ahmad menyebut sebuah hadis bahawa Waki' telah menceritakan kepada kami, 'Ubbadah ibn Muslim al-Fazariy telah menceritakan kepada kami, Jubayr ibn Abu Sulayman ibn Jubayr ibn Mut'am menceritakan kepadaku bahawa dia telah mendengar Abdullah ibn Umar berkata, "Rasullulah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang:

"Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."(HR. Imam Ahmad)

Amin.

Friday, July 23, 2010

Masyitah Si Penyisir Rambut Puteri Firaun

Bau Wangi Ketika Isra’

Disebutkan dalam riwayat ketika Nabi ﷺ melalui perisitwa isra’ pada mala isra’ dan mi’raj ditemani Jibril عليه السلام dan Buraq, Baginda terbau sesuatu yang wangi lalu bertanya kepada Jibril, “bau apakah yang wangi ini wahai Jibril?”. Maka jawab Jibril عليه السلام, “Ini adalah bau wangi Masyitah dan anak-anaknya”.

sikat

Siapakah Masyitah?

Masyitah adalah seorang perempuan yang hidup pada zaman Firaun yang mana Firaun mengatakan bahawa dia adalah Tuhan. Dia seorang penyisir/penyikat rambut puteri Firaun. Pada satu hari sikat [gambar via Vansaka] yang ditangannya terjatuh ke lantai lalu dia melatah;

بِسْمِ اللَّهِ تَعِسَ فِرْعَوْنُ

“Dengan nama Allah, celakahlah Firaun”

Maka peristiwa tersebut sampai ke pengetahuan Firaun melalui anaknya. Firaun amat murka lalu dia panggil Masyitah untuk menghadapnya lalu dia bertanya, “apakah kamu punyai Tuhan selain aku?”. Jawab Masyitah, “Ya. Tuhanmu dah Tuhanku adalah Allah.”

Bayi Berkata-kata

Bertambah-tambah beranglah Firaun dan dia memerintahkan bahawa Masyitah, suaminya dan dua orang anaknya ditangkap untuk dihukum. Salah seorang anaknya itu masih kecil dan menyusu. Lalu diberikan peluang oleh Firaun kepada mereka untuk kembali kepada agama yang lama. Mereka menolak.

Firaun menjatuhkan hukuman kepada mereka. Sebuah periuk Tembaga diisikan air dan dinyalakan api dibawahnya. Sesudah mengelegak dicampakkan seorang demi seorang keluarga Masyitah ke periuk tersebut. Dan tatkala anak kecilnya mahu dicampakkan, bayi itu berkata, “Wahai bonda, lakukanlah dan jangan gentar kerana bonda berada diatas kebenaran.”

Maka matilah Masyitah dan keluarganya.

Nota 1: Buraq hanya mengikuti Baginda ﷺ ketika peristiwa Isra’ sahaja manakala ketika Mi’raj pendapat bercanggah dan pendapat yang kuat adalah tidak kerana Jibril عليه السلام telah menambat Buraq pada sebuah batu.

Rujukan

Al Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al Maliki al Hasani., al Anwar al Bahiyyah min Isra’ wa Mi’raj Khair al Bariyyah., Terjemahan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki., Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj., Jamadil Akhir 1430/Jun 2009.

Al Allamah Sheikh Dauh ibn Abdullah al Fatoni., Kifayah al Muhtaj., Terjemahan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al Maliki., Isra’ Mi’raj., Jamadil Akhir 1428/Julai 2007.

No comments:

Post a Comment