Doa Rasulullah S.A.W di waktu pagi dan petang

Imam Ahmad menyebut sebuah hadis bahawa Waki' telah menceritakan kepada kami, 'Ubbadah ibn Muslim al-Fazariy telah menceritakan kepada kami, Jubayr ibn Abu Sulayman ibn Jubayr ibn Mut'am menceritakan kepadaku bahawa dia telah mendengar Abdullah ibn Umar berkata, "Rasullulah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang:

"Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."(HR. Imam Ahmad)

Amin.

Puisi

Kerinduan
28/06/2010

Kususuri lorong-lorong malam
Di jalan panjang penderitaan
Itulah kerinduan.

Ia mencabik-cabik hatiku
Seperti kuku-kuku serigala
Perihnya begitu menyakitkan.

Kerinduan.
Tak dapat kupendam
Juga tak dapat kuungkap

Ia hanya bisa kudekap
Dalam selimut malam
Berharap mimpi menghadirkannya.

Surah Al-Fatihah
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hai manusia,
sebutlah nafasmu dengan nama suci.
Maha penyayang,Maha pengasih.
Mencintaimu tanpa alasan tanpa permintaan.
Pemilik segala macam kenikmatan lagi menjanjikan pembalasan...

Hai manusia,
Yakinilah penyembahanmu terhadap Dia yang menciptakan.
Melempar pertolongan dikala engkau menadah mahupun menggeleng menafikan.
Sesungguhnya Dia adalah Tuhan penunjuk jalan-jalan lurus lagi ditepu kebenaran.
Demikianlah engkau beruntung memanfaati huruf-huruf suruhan.
Dan celakalah engkau mengamalkan kesesatan mewakil keturunan.

Pujilah Tuhan.
Tagihlah perjuangan.
Hilangkan ketakutan.
Badikkan keberanian.
Cekalkan ketabahan.
Pedangi kenafsuan.
nah!!
Syurga pilihan.

Inspirasi-surah al fatihah.ayat satu hingga tujuh.
catatan untuk diri.peringatan untuk mati.

Nota : sesungguhnya ayat al quran itu adalah "Sastera" paling menakjubkan.