Doa Rasulullah S.A.W di waktu pagi dan petang

Imam Ahmad menyebut sebuah hadis bahawa Waki' telah menceritakan kepada kami, 'Ubbadah ibn Muslim al-Fazariy telah menceritakan kepada kami, Jubayr ibn Abu Sulayman ibn Jubayr ibn Mut'am menceritakan kepadaku bahawa dia telah mendengar Abdullah ibn Umar berkata, "Rasullulah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang:

"Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."(HR. Imam Ahmad)

Amin.

Pelbagai Info

Kawalan Kolesterol
 Apa itu Kolesterol ?
  • Kolesterol merupakan sejenis lemak, bahan seperti lilin yang di hasilkan oleh hati bagi melindungi saraf, menghasilkan membrane dan beberapa jenis hormone.
  • Walaubagaimanapun, kolesterol yang berlebihan boleh melekat pada dinding arteri-arteri dan membentuk plak yang selalunya akan membawa kepada penyakit arteri koronori (jantung).
  • Kebanyakan kolesterol adalah di bentuk oleh badan kita, hanya sebahagian kolesterol datang daripada sumber makanan seperti telur , daging dan makanan tenusu.
 Jenis kolesterol :
  • Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL)-Kolesterol buruk
  • Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL)-Kolesterol baik
  • Trigliserida Merupakan lemak yang kebanyakkan didapati daripada makanan.
 Kolesterol Paras normal

  • Lipoprotein ketumpatan rendah Kurang daripada 3.36 mmol/L*
  • Trigliserida Kurang daripada 1.71mmol/L
 Apakah yang menyebabkan kolesterol tinggi ?
  • Sumber makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi.
  • Berat badan berlebihan.
  • Gaya hidup yang kurang aktif.
  • Berumur
  • Keturunan
  • Merokok
 Apakah kesan kolesterol tinggi ?
Biasanya tidak ada tanda-tanda atau gejala-gejala terhadap kolesterol tinggi. Oleh itu, ramai orang tidak mengetahui bahawa tahap kolesterol mereka adalah terlalu tinggi.
  • Komplikasi bagi kolesterol tinggi adalah seperti berikut :

  1. Strok
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Penyakit jantung
  4. Penyakit buah pinggang kronik
 Bilakah pemeriksaan tahap kolesterol saya perlu di mulakan ?
  • Lelaki berumur 35 tahun dan ke atas.
  • Perempuan berumur 45 tahun dan ke atas.
  • Atau sekiranya anda mempunyai factor-faktor risiko seperti berikut :
  • Pernah mengalami serangan jantung
  • Sejarah keluarga bagi penyakit jantung
  • Perokok
  • Sejarah mempunyai tekanan darah tinggi dan diabetes (kencing manis)
  • Berat badan berlebihan
 Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya paras kolesterol saya adalah tinggi ?
  1. Ubah gaya hidup--Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, 3 kali setiap minggu.
  2. Mengurangkan makanan yang tinggi lemak tepu dan kolesterol
  • Memilih daging tanpa lemak dan tidak mengambil makanan berlemak.
  • Kurangkan penggunaan mentega, marjerin, mayonis dan krim semasa memasak.
  • Memilih roti penuh biji-bijian dan bijirin.
  • Berhenti merokok kerana merokok boleh merendahkan paras kolesterol HDL (baik) di mana ia mungkin menambahkan risiko anda kepada penyakit jantung.
Ini merupakan khidmat awam yang di berikan oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia. Semua maklumat adalah untuk tujuan pendidikan sahaja. Sila berjumpa dengan doctor anda untuk maklumat selanjutnya.

Sumber : National Kidney Foundation of Malaysia (http://www.nkf.org.my)