Doa Rasulullah S.A.W di waktu pagi dan petang

Imam Ahmad menyebut sebuah hadis bahawa Waki' telah menceritakan kepada kami, 'Ubbadah ibn Muslim al-Fazariy telah menceritakan kepada kami, Jubayr ibn Abu Sulayman ibn Jubayr ibn Mut'am menceritakan kepadaku bahawa dia telah mendengar Abdullah ibn Umar berkata, "Rasullulah SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang:

"Ya Allah, aku bermohon untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon keampunan dan kesejahteraan di dalam agamaku, duniaku, kaum keluargaku dan hartaku. Ya Allah, jagalah kehormatanku dan berikanlah keamanan kepada keluargaku. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, dari belakang, dari kiri, dari kanan dan dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan keagunganMu agar aku tidak menzalimi orang di bawah jagaanku."(HR. Imam Ahmad)

Amin.

Koleksi resepi



Bahan-bahan :

  • 500 gram daging

  • 50 gram halia

  • 100 gram lengkuas

  • 100 gram serai

  • 30 gram kunyit hidup
*Kesemua bahan diatas di kisar

  • 5 gram daun kunyit

  • 100 gram kerisik

  • 10 gram biji ketumbar

  • 30 gram jintan manis

  • 30 gram jintan putih

  • 50 gram cili giling
Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan di kisar dan tumis hingga naik bau.

  2. Kemudian masukkan cili giling, jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar.

  3. Masukkan daging ke dalam bahan yang di tumis tadi dan masak sehingga ia sebati menggunakan api yang perlahan.

  4. Apabila daging empuk, masukkan kerisik dan daun kunyit.

  5. Akhir sekali masukkan perasa dan gula secukup rasa.Tutup api setelah bahan sebati dan masak.

  6. Sedia untuk di hidangkan.