Amalan sunat yang menjadi keutamaan dan diberikan ganjaran pahalanya yang berlipat ganda ialah berpuasa sunat.Paling baik jika dapat dikerjakan 30 hari iaitu sepanjang bulan Rajab, sebagaimana yang di amalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut maksud sebuah hadia Rasulullah S.A.W : Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka ALLAH S.W.T menyeru kepadanya "Telah wajib hakmu atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian dan kebesaranKu, tidak akan aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawahArasyKu. Engkau kekasihKu daripada semua makhlukKu. Engkau mulia di sisiku. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara Aku dan engkau".
- Berpuasa sunat Rejab 20hari, maka ALLAH S.W.T mengampunkan dosa-dosanya yang lalu.
- Berpuasa sunat Rejab 19hari, maka ALLAH S.W.T membina untuknya sebuah mahligai di Syurga.
- Berpuasa sunat Rejab 16hari, akan dapat melihat ALLAH di dalam syurga.
- Berpuasa sunat Rejab 15hari, maka ALLAH S.W.T memberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Saidina Ali).
- Berpuasa sunat Rejab 14hari, maka ALLAH S.W.T memberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Saidina Ali).
- Berpuasa sunat Rejab 13hari, di beri pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun. (menurut Saidina Ali).
- Berpuasa sunat Rejab 10hari, maka ALLAH S.W.T memberi dua sayap (kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian Siratal-Mustaqim pada Hari Kiamat.
- Berpuasa sunat Rejab 9hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak di tolak masuk ke syurga.
- Berpuasa sunat Rejab 8hari, akan di bukakan lapan pintu Syurga pada Hari Kiamat.
- Berpuasa sunat Rejab 7hari, akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada Hari Kiamat.
- Berpuasa sunat Rejab 6hari, akan di keluarkan dari kubur pada Hari Kiamat dengan mukanya yang bercahaya.
- Berpuasa sunat Rejab 5hari, akan di amankan daripada azab kubur.
- Berpuasa sunat Rejab 4hari, akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah Dajjal pada Hari Kiamat.
- Berpuasa sunat Rejab 3hari, akan di binakan benteng yang menghalang ke neraka pada Hari Kiamat.
- Berpuasa sunat Rejab 2hari, akan di pergandakan pahala ibadatnya.
- Berpuasa sunat Rejab sehari, di beri pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Jika puasa sehari itu di tambah dengan ibadat bersedekah maka pahalanya akan di tambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.
- Berpuasa sunat Rejab sehari pada 27 Rejab (Israk dan Mikraj) di beri pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika di sertai dengan ibadat sedekah, di beri pahala seperti berpuasa seribu tahun.
Pada keseluruhannay, mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu, dipeliharakan ALLAH imannya bagi baki usianya dan terlepas dari dahaga pada Hari Kiamat kelak.
No comments:
Post a Comment